skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Kanser Usus

Kisah-Kisah Survivor Kami

Robbin Khoo ‘Ah Hock’

4 tahun lalu, Robin Khoo atau ‘Ah Hock’ disahkan menghidapi kanser.

Beliau mengalami pendaraaan dalam tinja dan kerap merasa perut berkembung.

Atas desakan keluarga, Ah Hock mendapatkan nasihat doktor dan membuat pemeriksaan kolonoskopi.

Beliau disahkan menghidap kanser usus tahap 3.

Hasil dari diagnosis, beliau pergi membuat rawatan seawalnya. Sebulan selepas sesi terakhir kemoterapi, hasil imbasan Ah Hock tidak lagi menunjukkan kehadiran kanser.

Tuhan adalah sumber kekuatan saya dan telah membantu saya mengatasi penyakit ini, terutamanya selepas pembedahan ketika saya perlu meneruskan kerjaya saya.

Beliau juga turut mempelajari bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu ada sebabnya dan hadapi masa hadapan dengan takdir dan optimis.

Hari ini, Ah Hock adalah salah satu daripada duta kempen kami, membantu menyebarkan kepentingan kesedaran dan pengesanan awal kanser.

Kanser usus boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal. Jadilah peka kanser dan dapatkan pemeriksaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tanda-tanda dan gejala kanser usus, klik di sini.

Mahrani Taff

Mempunyai sejarah kanser usus dari ibu dan mak cik beliau, Mahrani Taff tidak menyangka yang beliau turut menghidapi penyakit yang sama 8 tahun lalu.

Semuanya bermula apabila beliau mengalami batuk yang teruk dan beliau hilang berat badan mendadak. Doktor bagaimanapun memberitahu iannya hanyalah jangkitan saluran urin. Walaubagaimanapun, apabila beliau mula tidak dapat makan dan kerap muntah, beliau mula mendapatkan pemeriksaan.

Beliau kemudiannya disahkan menghidap kanser usus tahap 3.

“Walaupun keluarga saya sedih, saya sangat positif menjalani rawatan kerana saya tidak mahu merisaukan orang lain.”

Dan kerana saya menjaga mak saya ketika mak disahkan hidap kanser, saya tahu apa yang akan terjadi dan bagaimana mengatasi sebarang kemungkinan yang pesakit kanser ini akan lalui.

Hari ini, Mahrani adalah bebas dari kanser dan jalani kehidupan penuh bermakna. Berkerja sebagai guru sepenuh masa, beliau juga seronok mendaki sebagai hobi.

Mahrani juga salah seorang duta kempen kami, membantu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan kesedaran dan pengesanan awal kanser.

Kanser usus boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal. Jadilah peka kanser dan dapatkan rawatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siapa yang berisiko, klik di sini.

Rajeswari

Rajeswari mula mengalami kesakitan perut yang berterusan dan mengalami kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan. Dia kehilangan lebih daripada 5 peratus berat badannya dan merasakan sesuatu yang tidak kena pada badannya.

“Saya berhenti pergi ke klinik biasa dan sebaliknya pergi berjumpa dengan pakar. Mereka telah melakukan beberapa ujian ke atas saya dan saya disahkan dengan penyakit “Colonic Lymphoma” (kanser yang sangat jarang ditemu).” Rajeswari kini menunggu untuk memulakan kemoterapinya.

Dia menjelaskan bagaimana perasaannya ketika dia menerima diagnosisnya: “Ketika saya mula-mula mengetahui saya mendapat kanser, saya terkejut. Kemudian doktor memberitahu saya keadaan saya boleh dirawat. Jadi, saya fikir saya akan menerima apa sahaja yang disarankan oleh doktor supaya saya dapat menyembuhkan penyakit saya. ”

Rajeswari mendapati kekuatannya dari ahli keluarganya: “Mereka sentiasa memberi saya sokongan yang baik – sebelum dan selepas pembedahan. Dengan sokongan dari keluarga dan kepercayaan kepada tuhan, saya dapat melawan penyakit ini.”

Nasihatnya kepada pesakit – pesakit kanser lain adalah:

Teruskan dengan rawatan dengan awal supaya doktor dapat menyembuh kanser.

Rajeswari kini merupakan salah satu daripada duta kempen kami untuk membantu memberi kesedaran tentang kepentingan kanser dan pengesanan awal.

Kanser usus boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan rawatan untuk kanser usus, klik di sini.

Back To Top