skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Kanser Usus

Apakah itu Kanser Usus?

Dikenali juga sebagai kanser kolon, kanser usus adalah kanser yang bermula di usus atau rektum. Usus atau rektum adalah sebahagian dari usus besar, yang merupakan bahagian bawah dalam sistem percernaan badan.

Semasa penghadaman, makanan akan bergerak melalui perut menuju ke usus kecil dan ke usus besar. Usus besar kemudiannya akan mengeluarkan air dari sisa pepejal. Akhir sekali sisa akan bergerak melalui rektum dan keluar dari badan melalui dubur.

Statistik Kanser Usus

Kanser Usus adalah kanser yang paling teratas dalam senarai kanser  di kalangan lelaki manakala kanser kedua dalam senarai kanser di kalangan wanita di Malaysia.

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (2007-2011),  sebanyak  21.3 kes didiagnos bagi setiap 100,000 penduduk. Pesakit berbangsa Cina adalah yang paling ramai, diikuti oleh bangsa Melayu dan bangsa India. Kanser usus terutamanya memberi kesan kepada orang yang berusia 40 tahun ke atas.

KADAR PESAKIT (ASR)  UNTUK 10 JENIS KANSER BAGI JANTINA

KADAR UMUR STANDARD (DUNIA) PER 100,000 PENDUDUK

Apakah Kadar Survival?

Sekiranya kanser usus di diagnos dan dirawat dengan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi. Pada masa ini, kanser usus sering dikesan pada lewat iaitu apabila kanser telah merebak dan ini menyebabkan rawatan tidak berkesan dan mengurangkan peluang untuk hidup.

Oleh itu, awasilah dan perhatikan tanda-tanda dan gejala-gejala kanser usus serta dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya tanda-tanda kanser muncul.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau gejala ini, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ia mungkin bukan kanser, tetapi lebih baik berhati-hati. Sentiasa lakukan pemeriksaan dengan doktor anda.

Tanda-Tanda dan Gejala Kanser Usus

Terdapat Darah Dalam Najis Atau Berlaku Pendarahan Rektum
Terdapat darah dalam najis atau berlaku pendarahan rektum
Perubahan Dalam Pembuangan Najis Seperti Cirit Birit, Sembelit Atau Kedua-duanya, Selama Berminggu-minggu
Perubahan dalam pembuangan najis seperti cirit birit, sembelit atau kedua-duanya, selama berminggu-minggu
Penurunan Berat Badan Yang Tak Dapat Dijelaskan
Penurunan berat badan yang tak dapat dijelaskan
Sering Kali Sakit Perut
Sering kali sakit perut
Perasaan Seperti Usus Anda Tidak Sepenuhnya Kosong Selepas Membuang Najis
Perasaan seperti usus anda tidak sepenuhnya kosong selepas membuang najis
Sakit Di Bahagian Dubur
Sakit di bahagian dubur
Keletihan Atau Anemia
Keletihan atau anemia

Siapa yang Berisiko?

Mempunyai Ahli Keluarga Yang Pernah Menghidapi Kanser Usus
Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser usus
Diet Tinggi Dengan Daging Merah Dan Makanan Proses
Diet tinggi dengan daging merah dan makanan proses
Diet Rendah Dalam Serat, Buah-buahan Dan Sayur-sayuran
Diet rendah dalam serat, buah-buahan dan sayur-sayuran
Gaya Hidup Yang Tidak Sihat Seperti Kurang Aktiviti Fizikal, Minum Banyak Alkohol (lebih Dari 1 Unit Sehari), Merokok Dan Berat Badan Berlebihan. Ketahui Di Sini Jika Berat Badan Berada Dalam Kategori Yang Sihat.
Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang aktiviti fizikal, minum banyak alkohol (lebih dari 1 unit sehari), merokok dan berat badan berlebihan. Ketahui di sini jika berat badan berada dalam kategori yang sihat.

Find out here if your weight is in the healthy category.

Mempunyai Penyakit Usus Radang Seperti Penyakit Crohn Radang Usus (ulcerative Colitis)
Mempunyai penyakit usus radang seperti penyakit Crohn Radang usus (ulcerative Colitis)

Bagaimana anda boleh mengurangkan risiko anda?

Makan Daging Merah Dan Makanan Yang Telah Diproses Dalam Jumlah Yang Kecil
Makan daging merah dan makanan yang telah diproses dalam jumlah yang kecil
Makan Sekurang-kurangnya 5 Bahagian Buah-buahan Dan Sayur-sayuran Setiap Hari
Makan sekurang-kurangnya 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
Gaya Hidup Yang Sihat Seperti Mengekalkan Berat Badan Yang Sesuai Dengan Ketinggian, Elak Penggunaan Alkohol, Berhenti Merokok, Dan Melakukan Sekurang-kurangnya 30 Minit Aktiviti Fizikal Sederhana 5 Kali Seminggu
Gaya hidup yang sihat seperti mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian, elak penggunaan alkohol, berhenti merokok, dan melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana 5 kali seminggu

Pemeriksaan dan Diagnosis

Melalui pemeriksaan, kanser dapat dikesan awal, ada kala, sebelum anda mengalami sebarang gejala. Pengesanan kanser lebih awal bermakna rawatan akan lebih berkesan dan peluang untuk hidup adalah lebih baik. Di Malaysia, garis panduan pemeriksaan berikut dikenakan:

  • Untuk semua lingkungan umur, jika anda mengalami mana-mana gejala yang dinyatakan, jumpa doktor anda dengan segera untuk diperiksa.
  • Untuk yang berumur 50 tahun ke atas, dapatkan pemeriksaan setiap tahun. Tujuan pemeriksaan kanser usus tahunan adalah untuk mengesan kanser usus pada peringkat awal (pada orang yang tidak mempunyai gejala) apabila rawatan lebih cenderung berkesan.
  • Untuk mereka dalam keluarga bersejarah kanser usus, pergi untuk pemeriksaan setiap tahun, bermula pada umur 35 tahun.


Terdapat dua ujian utama yang biasanya digunakan untuk saringan kanser usus.

  • Ujian Faecal Occult Blood (FOBT) atau darah didalam najis dan Faecal Immunoglobulin Test (FIT) atau pengesanan imunoglobulin didalam najis. Ujian ini digunakan untuk mengesan darah yang tidak kelihatan pada mata kasar. Darah pada najis adalah petanda kanser usus dan ujian selanjutnya perlu dibuat.
  • Kolonskopi: Jenis pemeriksaan ini membolehkan doktor anda melihat di dalam kolon anda untuk mengesan ketumbuhan yang dikenali sebagai polip. Polip mungkin benigna tetapi boleh menjadi kanser sekiranya tidak dikeluarkan.

Rawatan

 

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk kanser usus.  Sila jumpa dan berbincang dengan  doktor anda untuk mengetahui pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Senarai semua hospital kerajaan di Malaysia boleh didapati di sini.

Maklumat lanjut mengenai Kanser Usus boleh didapati di bawah.

Back To Top