skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Kanser Payudara

Kisah-kisah Survivor kami

Sengolmany Irudayam, 55

Sengolmany Irudayam merasa tidak selesa akan ketulan pada payudara beliau, tetapi doktor pertama yang beliau lawati mengatakan ia tiada apa-apa.

Saya merasakan sesuatu seakan-akan jerawat pada kawasan ketiak sewaktu saya melakukan pemeriksaan sendiri payudara,

kata surirumah itu yang juga merupakan ibu kepada empat orang anak.

Ketulan tersebut tumbuh secara berterusan dan pada suatu malam, Sengol bermimpi bahawa Mother Mary meminta beliau untuk pergi berjumpa doktor. Keesokan harinya, beliau menerima panggilan telefon untuk mengesahkan satu temujanji mammogram.

Walaupun tidak membuat temujanji tersebut, beliau tetap pergi dan kemudian mengetahui beliau menghidap kanser payudara (tahap 3B). Beliau segera melakukan rawatan radiografi dan kemoterapi.

Enam belas tahun selepas rawatan, Sengol adalah bebas dari kanser dan kini merupakan salah satu daripada duta kempen kami untuk membantu memberi kesedaran tentang kepentingan kanser dan pengesanan awal.

Kanser payudara boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanda-tanda dan gejala-gejala kanser payudara, klik di sini.

Mahani Kassim, 55

Mahani Kassim disahkan menghidapi kanser payudara tiga negatif (sejenis kanser agresif yang lebih sukar untuk dirawat) pada May 2016, selepas membuat rutin mammogram yang menunjukkan keabnormalan pada payudara kiri beliau. Beliau segera menjalani sesi rawatan radiografi dan kemoterapi.

Namun, baru-baru ini beliau menjumpai ketulan lain pada payudara kanan beliau. Kali ini, beliau lebih bersedia untuk menjalani pembedahan, walau apa jua hasilnya. “Ketika saya di diagnos dua tahun lalu, saya tidak tahu apa-apa mengenai kanser. Tiada ahli keluarga terdekat saya yang mempunyai sejarah kanser, jadi saya tidak tahu bagaimana seseorang itu boleh dijangkiti. Saya tidak tahu-menahu langsung.” Kata Mahani yang bekerja dengan Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pendidikan.

Ramai orang yang memberi saya pelbagai maklumat dan jalan penyelesaian. Ada yang mendesak saya untuk mencuba rawatan alternatif meskipun ia sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya juga tidak mengetahui tentang pelbagai mitos penyembuhan kanser, tetapi kini saya mempunyai pengetahuan dan pandangan yang sebenar daripada kumpulan sokongan kanser wanita di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

Ibu kepada tiga orang anak itu kini merupakan salah satu daripada duta kempen kami untuk membantu memberi kesedaran tentang kepentingan kanser dan pengesanan awal.

Kanser payudara boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal.

Sentiasa lakukan pemeriksaan dengan doktor anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan rawatan untuk kanser payudara, klik di sini.

Irene Tham, 56

Pada mulanya, Tham tidak berbuat apa apa ketika menjumpai ketulan kecil di payudara kanan beliau pada lima tahun lalu. Beliau menyakinkan diri sendiri bahawa itu tiada apa apa namun selepas beberapa bulan mengabaikannya, beliau membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan. Beliau yang berusia lebih 40 tahun, telah disarankan untuk menjalani pemeriksaan mammogram.

Sebelum keputusan diperolehi, doktor telah memaklumkan bahawa beliau menghidapi kanser kerana ketulan tersebut jelas kelihatan pada payudara beliau dan apabila tiba masa pembedahan, ketulan itu telah tumbuh sebanyak 2cm.

Beliau akhirnya sedar akan kealpaan beliau dan mengambil tindakan segera untuk kesihatan dan kesejahteraan beliau. Beliau menjalani pembedahan, beberapa ujian tambahan dan 25 sesi susulan radiografi tanpa kemoterapi selepas pembedahan beliau.

Beliau juga menjalani lumpektomi dan beberapa kelenjar limfa beliau telah dibuang.

Hari ini, beliau adalah salah satu daripada duta kempen kami, membantu menyebarkan kepentingan kesedaran dan pengesanan awal kanser.

Nasihat beliau: Jika merasakan sesuatu yang tidak kena pada tubuh, dapatkan pemeriksaan segera.

Kanser payudara boleh sembuh jika dikesan dan dirawat daripada awal. Jadilah peka kanser dan dapatkan rawatan.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kanser payudara, di sini.

Back To Top