skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Kempen Kami

Kami menjalankan kempen Be Cancer Alert untuk menangani kekurangan pengetahuan mengenai tanda-tanda amaran beberapa kanser yang paling tertinggi di Malaysia serta untuk mengatasi halangan emosional yang dihadapi orang untuk berjumpa dengan doktor mereka jika mereka mengesyaki ada kanser.

Pada masa ini, kanser sering dikesan lambat. Oleh itu, tujuan kempen adalah untuk:

  • Meningkatkan kesedaran tentang tanda-tanda dan gejala pelbagai jenis kanser di Malaysia
  • Menggalakkan orang ramai untuk berjumpa dengan doktor mereka sekiranya mereka didapati ada tanda – tanda dan gejala tersebut
  • Meningkatkan hasil yang lebih baik untuk pesakit kanser dan keluarga mereka
  • Mengdiagnos kanser lebih awal untuk meningkatkan kadar survival di seluruh negara

 

 

Kempen ini melibatkan aktiviti – aktiviti berikut untuk mencapai matlamat kami.

PELANCARAN MEDIA

Kempen ‘Be Cancer Alert’ untuk Kempen Kesedaran Payudara akan dilancarkan pada 27 September 2018 di Universiti Malaya.

TV

Komersial TV kempen kami akan disiarkan di TV3, TV9 dan 8TV dari 24 September 2018

Peka kepada tanda – tanda kanser dan kongsi video tersebut kepada rakan – rakan atau keluarga anda.


 

BAHAN BERCETAK

Kami ada bunting, papan iklan dan poster di kawasan terpilih.

LAMAN MEDIA SOSIAL

Ikuti laman Facebook Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia untuk memastikan anda tidak terlepas sebarang berita dan maklumat mengenai kempen ini.

BAHAN-BAHAN LAIN

Poster

Risalah

(Malay)

(English)

(Tamil)

(Chinese)

Back To Top