skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Q

Kanser Payudara

Apakah itu Kanser Payudara?

Kanser payudara mula terjadi di tisu payudara, selalunya berlaku di dalam sel yang menghubungkan saluran susu ke payudara. Sesetengah kanser bermula di dalam kelenjar yang menghasilkan susu payudara. Lain-lain jenis kanser payudara adalah jarang. Kebanyakan jenis kanser payudara menyebabkan ketulan pada payudara, tetapi tidak terjadi kepada semua. Lawati bahagian tanda-tanda dan gejala-gejala untuk mengetahui lebih lanjut.

Statistik Kanser Usus

Kanser Payudara adalah kanser yang paling teratas dalam senarai kanser di kalangan wanita di Malaysia. Ia menyumbang sebanyak 32.1% daripada kanser dalam kalangan wanita dan kurang dari 1% dalam kalangan lelaki.

Menurut Laporan dari Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (2007 – 2011), sebanyak 27.2 kes kanser payudara didiagnos bagi setiap 100,000 penduduk. Pesakit berbangsa Cina adalah yang paling ramai (1 dalam 22), diikuti oleh bangsa India (1 dalam 24) dan bangsa Melayu (1 dalam 35). Kanser payudara boleh terjadi pada semua peringkat umur. Namun, risiko bertambah dengan peningkatan usia. Di Malaysia, wanita berusia 40 tahun ke atas.berada pada risiko sederhana dalam mendapat kanser payudara. Kanser payudara terutamanya memberi kesan kepada wanita yang berusia 50 tahun ke atas.

KADAR PESAKIT (ASR)  UNTUK 10 JENIS KANSER BAGI JANTINA

KADAR UMUR STANDARD (DUNIA) PER 100,000 PENDUDUK

Apakah Kadar Survival?

Sekiranya kanser payudara di diagnos dan dirawat dengan awal, peluang untuk sembuh adalah lebih tinggi. Tahukah anda, 9 daripada 10 wanita boleh diselamatkan dari Kanser Payudara jika ia dikesan dan dirawat lebih awal? Pada masa ini, kanser payudara sering dikesan lewat iaitu apabila kanser telah merebak dan ini menyebabkan rawatan tidak berkesan dan mengurangkan peluang untuk hidup.

Oleh itu, awasilah dan perhatikan tanda-tanda dan gejala-gejala kanser payudara serta dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya tanda-tanda kanser muncul.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau gejala ini, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ia mungkin bukan kanser, tetapi lebih baik berhati-hati. Sentiasa lakukan pemeriksaan dengan doktor anda.

Tanda-tanda dan gejala kanser payudara

Perubahan Bentuk/size Puting Payudara
Perubahan bentuk/size puting payudara
Kulit Terbenam
Kulit Terbenam
Rasa Sakit Di Payudara
Rasa Sakit di Payudara
Perubahan Kedudukan Puting Payudara
Perubahan Kedudukan Puting Payudara
Ruam Di Puting
Ruam di Puting
Lelehan/Pendarahan Dari Puting
Lelehan/Pendarahan dari Puting
Ketulan Dalam Payudara
Ketulan Dalam Payudara
Perubahan Bentuk Payudara
Perubahan Bentuk Payudara
Puting Payudara Termasuk Dalam
Puting Payudara termasuk dalam
Ruam Di Payudara
Ruam di Payudara

Pemeriksaan Sendiri Payudara

Ikuti panduan ini untuk memeriksa sebarang tanda-tanda kanser pada payudara anda. Jika anda mengalami mana-mana gejala seperti yang dinyatakan, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ingat, Kanser Payudara boleh sembuh jika dikesan dan dirawat dengan awal.

Angkat Tangan Dan Letak Di Belakang Kepala
Angkat tangan dan letak di belakang kepala
Menggunakan Tiga Jari Pertama, Tekan Dengan Teguh
Menggunakan tiga jari pertama, tekan dengan teguh
Periksa Payudara Anda Keatas Dan Kebawah
Periksa payudara anda keatas dan kebawah
Periksa Payudara Anda Dalam Bulatan
Periksa payudara anda dalam bulatan
Periksa Perubahan Pada Tekstur Kulit Seperti Kulit Terbenam Atau Kulit Berkerut
Periksa perubahan pada tekstur kulit seperti kulit terbenam atau kulit berkerut
Rasa Perubahan Pada Saiz Atau Bentuk Dan Periksa Bengkak Atau Ketulan
Rasa perubahan pada saiz atau bentuk dan periksa bengkak atau ketulan
Picit Puting Payudara Dengan Lembut Untuk Memeriksa Sebarang Lelehan, Pendarahan Atau Kesakitan
Picit puting payudara dengan lembut untuk memeriksa sebarang lelehan, pendarahan atau kesakitan
Periksa Jika Puting Payudara Termasuk Ke Dalam Atau Sebarang Perubahan Pada Kedudukan, Ruam Di Puting Atau Penebalan Kulit
Periksa jika puting payudara termasuk ke dalam atau sebarang perubahan pada kedudukan, ruam di puting atau penebalan kulit

Siapakah yang Berisiko?

Risiko kanser payudara meningkat dengan pertambahan usia. Terutama bagi mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Faktor-faktor lain adalah seperti:

• Mempunyai sejarah kanser payudara yang lalu
• Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser payudara
• Faktor gaya hidup: berat badan berlebihan, tidak aktif, pengambilan alkohol (lebih dari 1 unit sehari)
• Penggunaan Terapi Penggantian Hormon
• Melahirkan anak pada usia yang lanjut (melahirkan anak pertama pada usia melebihi 30 tahun)
• Datang haid pada usia yang muda (kurang daripada 12 tahun)
• Putus haid pada usia yang tua (pada usia melebihi 55 tahun)

Bagaimana anda boleh mengurangkan risiko anda?

Mengekalkan Berat Badan Yang Sihat (BMI Dibawah 25 Kg/m2)
Mengekalkan berat badan yang sihat (BMI dibawah 25 kg/m2)
Elakkan Penggunaan Alkohol
Elakkan penggunaan alkohol
Melakukan Sekurang-kurangnya 30 Minit Aktiviti Fizikal Sederhana 5 Kali Seminggu
Melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana 5 kali seminggu

Pemeriksaan & Diagnosis

Melalui pemeriksaan, kanser dapat dikesan awal, ada kala, sebelum anda mengalami sebarang gejala. Pengesanan kanser lebih awal bermakna rawatan akan lebih berkesan dan peluang untuk hidup adalah lebih baik. Di Malaysia, garis panduan pemeriksaan berikut dikenakan:
Tidak kira berapa umur anda, jika anda mengalami mana-mana gejala yang dinyatakan, jumpa doktor anda dengan segera untuk diperiksa.

Bagi yang berumur 50 tahun ke atas, dapatkan pemeriksaan saringan (mammogram) setiap 2 tahun. Tujuan mammogram adalah untuk mengesan kanser usus pada peringkat awal kerana rawatan akan lebih berkesan.

Terdapat dua ujian utama yang biasanya digunakan untuk saringan kanser payudara.

Pemeriksaan Klinikal Payudara: Ini adalah ujian fizikal pada payudara dan bahagian ketiak oleh anggota kesihatan yang terlatih. Ketika pemeriksaan, anggota kesihatan akan melihat dan merasa sebarang perubahan yang tidak normal pada payudara.

Mammogram: Ujian ini bertujuan untuk pengesanan awal kanser payudara. Ujian ini digunakan pada wanita yang tidak mempunyai gejala-gejala dan juga yang mempunyai gelaja serta mereka yang hanya ingin memeriksa. Ketika Mammogram, pengimejan Sinar-X kedua belah payudara diambil dan sebarang perubahan kecil, walau tidak kelihatan, boleh dikesan.

Rawatan

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk kanser payudara. Sila jumpa dan berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Senarai semua hospital kerajaan di Malaysia boleh didapati di sini.

Maklumat lanjut mengenai Kanser Payudara boleh didapati di bawah.

Sokongan Lelaki

Kanser Payudara bukan sahaja boleh berlaku di kalangan wanita, malah juga pada lelaki dalam jangka hayat mereka. Bagi wanita, adalah penting untuk mendapat sokongan dari suami dan pasangan mereka untuk menjalani pemeriksaan kanser payudara dan penting untuk menjalani rawatan jika diperlukan. Golongan lelaki harus menggalakkan isteri mereka untuk menjalani pemeriksaan dan memberi mereka sokongan psikologi yang diperlukan jika rawatan diperlukan.

Back To Top