skip to Main Content
Hubungi Kami Percuma 1-800-88-1000 help@cancer.org.my

Kanser Paru – Paru

Apakah itu Kanser Paru-Paru?

Kanser paru-paru adalah kanser yang dijumpai di dalam saluran pernafasan, seperti di trakea, bronkus atau tisu paru – paru.

Terdapat tiga jenis kanser paru – paru:

I) Kanser Paru – Paru Sel Bukan Kecil

II) Kanser Paru – Paru  Sel Kecil

III) Tumor Carcinoid Paru – Paru

Kanser paru – paru sel bukan kecil adalah jenis kanser paru-paru yang paling biasa.

Statistik Kanser Paru – Paru

Kanser paru-paru adalah salah satu daripada tiga kanser tertinggi di Malaysia secara keseluruhan. Ia adalah kanser kedua yang paling tertinggi di kalangan lelaki manakala kanser keempat dalam senarai kanser di kalangan wanita di Malaysia.

Menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia (2007-2011), risiko seumur hidup untuk mendapatkan kanser paru-paru untuk lelaki adalah 1 dalam 55 dan bagi perempuan 1 dalam 135. Kebarangkalian tertinggi adalah kalangan bangsa Cina diikuti oleh bangsa Melayu dan bangsa India. Kanser paru – paru kebiasaanya menyerang orang yang berusia 40 tahun ke atas dan puncaknya pada usia 70 tahun.

KADAR PESAKIT (ASR) UNTUK 10 JENIS KANSER BAGI JANTINA

KADAR UMUR STANDARD (DUNIA) PER 100,000 PENDUDUK

Apakah Kadar Survival?

Kanser paru – paru adalah satu daripada penyebab kematian biasa di Malaysia (2.2%). Lagi awal kanser paru – paru ini dikesan dan dirawat, semakin tinggi peluang ianya diubati. Kebiasaanya, kanser paru – paru dikesan pada tahap terakhir dan peluang pulih semakin berkurangan.

Oleh itu, awasilah dan perhatikan tanda-tanda dan gejala-gejala kanser usus serta dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera sekiranya tanda-tanda kanser muncul.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda atau gejala kanser paru-paru, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Ia mungkin bukan kanser, tetapi lebih baik berhati-hati. Sentiasa lakukan pemeriksaan dengan doktor anda.

Tanda – Tanda dan Gejala Kanser Paru-Paru

Batuk Berpanjangan Selama Beberapa Minggu
Batuk berpanjangan selama beberapa minggu
Sesak Nafas
Sesak nafas
Batuk Berdarah
Batuk berdarah
Rasa Letih Selalu Dan Pengurangan Berat Badan Yang Ketara
Rasa letih selalu dan pengurangan berat badan yang ketara
Pernafasan Yang Berbunyi
Pernafasan yang berbunyi
Jangkitan Kuman Paru – Paru
Jangkitan kuman paru – paru
Sakit Dada, Bahu Dan / Atau Sakit Belakang Ketika Batuk Atau Bernafas
Sakit dada, bahu dan / atau sakit belakang ketika batuk atau bernafas
Suara Serak
Suara serak

Siapa yang Berisiko?

Perokok
Perokok

Tembakau mengandungi substans toksik berbahaya dikenali karsinogenik (mereka berpotensi penyebab kanser)

Terdedah Dengan Asap Rokok (berada Dekat Dengan Perokok)
Terdedah dengan asap rokok (berada dekat dengan perokok)
Pencemaran Udara Dari Kilang Dan Kenderaan Dll
Pencemaran udara dari kilang dan kenderaan dll
Terdedah Kepada Radon (gas Radioaktif)
Terdedah kepada Radon (gas radioaktif)
Terdedah Kepada Bahan Kimia Seperti Arsenik, Asbestos, Nikel Dan Asap Arang
Terdedah kepada bahan kimia seperti arsenik, asbestos, nikel dan asap arang
Penyakit Peparu Seperti Batuk Kering
Penyakit peparu seperti batuk kering

Bagaimana anda boleh mengurangkan risiko anda?

Berhenti Merokok. Setelah 10 Tahun Berhenti, Risiko Paru – Paru Anda Mendapat Kanser Jatuh Kepada Separuh Berbanding Dengan Perokok
Berhenti merokok. Setelah 10 tahun berhenti, risiko paru – paru anda mendapat kanser jatuh kepada separuh berbanding dengan perokok
Diet Yang Sihat (seperti Mempunyai Diet Rendah Lemak Dan Diet Makanan Tinggi Dengan Serat, Termasuk Sekurang-kurangnya 5 Bahagian Buah-buahan Dan Sayur-sayuran Setiap Hari)
Diet yang sihat (seperti mempunyai diet rendah lemak dan diet makanan tinggi dengan serat, termasuk sekurang-kurangnya 5 bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari)
Senaman Yang Teratur Boleh Mengurangkan Risiko Kanser Paru – Paru (seperti Melakukan Sekurang-kurangnya 30 Minit Aktiviti Fizikal Sederhana 5 Kali Seminggu)
Senaman yang teratur boleh mengurangkan risiko kanser paru – paru (seperti melakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal sederhana 5 kali seminggu)

Pemeriksaan dan Diagnosis

X Ray Dada:

X-Ray dada adalah prosedur di mana gambar paru-paru di ambil untuk pemeriksaan sebarang ketidaknormalan. Ini ialah ujian pertama sekiranya disyaki kanser paru – paru. Sekiranya terdapat sebarang ketidaknormalan, ujian berikutnya akan dilakukan berdasarkan diagnosis.

CT Scan:

Pengimbas CT boleh menghasilkan imej organ anda dengan lebih jelas

PET CT Scan:

Pengimbasan ini membantu mengesan sel kanser yang aktif. Pesakit akan diberi suntikan sebelum pemeriksaan untuk mengenal pasti jika ada sebarang ketidaknormalan

Bronkoskopi dan biopsi:

Ia bertujuan untuk melihat keadaan dalam bronkus dan jika terdapat ketumbuhan pada saluran tersebut. Sedikit sampel sel dari paru – paru juga akan diambil untuk ujian kanser

Rawatan

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk Kanser Paru – Paru.  Sila jumpa dan berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui pilihan rawatan yang terbaik untuk anda.

Senarai semua hospital kerajaan di Malaysia boleh didapati di sini.

Back To Top